Followers

Friday, January 1, 2010

PENDAPAT TENTANG PENANTIAN


hey.. huhu.. dah lama aku tak update blog nih.. hehehe.. sebab aku duk merayau keluar dari kl.. ekeke.. konon untuk mendamaikan diri.. wakaka.. ABAIKAN tuh semua..
so korang pun dah tengok title entry nih rite..

so aku nak tanye korang..
1)ape pendapat korang tentang penantian yang korang buat utk memliliki sesorang.. ekeke..

pastu..

2) apekah reaksi atau response korang kalau penantian korang itu sangat berbaloi..

dan

3)apekah reaksi korang jugak.. bile penantian korang tuh tiada apa2.. .. ekeke. mcm it hurt u lor.. nak gak cakap omputeh.. ekeke..

ekeke.. my frends ade ckp.. penantian itu penyeksaan.. and ada gak cakap penantian itu bahagia.. ekeke.. so cepat2 bagi pendapat..

p/s kepada siapa yang berjaya memberi pendapat yang menarik.. ami akan buat cake untuk die.. ekeke.. siap ngan present lagi.. ekeke.. :)

9 comments:

fana said...

aku nak jawap leh..tp ingat janjimu utk cake..akan ku tuntut di segamat kelak..haha

okeylah..in my opinion(gaya muet ..ee..)..aku dah lama bergelumang utk case ini..dok bg kaunseling utk semua org yg bercinta ini..haha..utk kau amir, aku rasa tunggu itu tidak slh if kau betul2 ikhlas dan jujur utk dia..apa saja mampu kau buat demi dia..ok itu satu..kedua , kalau respons itu good...perfect eveything...itu baiklah ...just grab watever ko hadap depan mata..sebab kena taw cinta sejati itu akan lupus bila kau buta dan bengong..dan takkan dtg semula walo ko rabak mata pun..ok?..clear..

ok yg third..means cinta kau tak kesampaian..org yg kau cinta itu tak suka kau..buang kau jauh2..itu tanda dia bukan utk kau..kena ingat Tuhan jadikan laki yg baik utk girl yg baik..girl yg baik utk laki yg baik..itu azali Tuhan ok..mesti2 kena tahu..just biarkan shj dia pergi sebab itu bkn utk kau.Tuhan pny yg lain untuk diri dan hidup kau...lagi perfect dr yg dulu..jd untuk kau..konklusi aku,
penantian itu memg seksa..sgt2 pedih tusuk dlm mcm nak mati, tp dlm masa yg sama, kau kena waras dan fikir semula utk diri kau dahulu..baru keduakan yg lain..

fhm tak aku explen...? haha

AMIREZKA said...

hahaha fana!! wow.. panjang nih.. wakaka.. ok2..
btw thanks for ur opinian(mcm muet gak) wakaka..

ade betul gak ko cakap tuh.. ekeke.. takpe2.. kite tunggu pendapat blogger lain.. kalau bukan bloggers pun bleh. ekeke. igt dapat mkn kek aku yangs edap taw.. hadiah dia.. ok next.. sape ade pendapat..

AdiE said...

nak jwb jugak sbb pernah melaluinye...

1st=indeed, sgt menyeksakan...sbb we r not sure whether at the end or our penantian, kite akn dpt x org tu..we have dat 50% chance je..not 100%

2nd=of coz akn rase sgt hepy n we xkn rase penantian tu...rase duina nie milik kite..

3rd=definitely it hurts u dude...rase sia2 penantian kite tu..tp, ape boleh wat..datz da risk dat we shall feel...

epy new year..hope dpt la kek tu..huhuhu..gurau je..

~daniel_adie~

AndhyGarcia Putra said...

~My Opinion~

Q1:
PENANTIAN boleh memberikan maksud yang luas.. Namun, ia sering dikatkan dengan CINTA.. Dengan adanya CINTA maka akan wujudlah PENANTIAN.. 'Penantian untuk memiliki seseorang' merujuk kepada CINTA, di mana ia proses awal apabila seseorang MULA menyukai seseorang.. Bagaimanapun, empunya diri harus membezakan istilah antara SUKA, SAYANG dan CINTA.. Ini karna, setiap perkataan tersebut memberikan maksud PENANTIAN yang berbeza.. Dan proses tersebut adalah normal dan tidak perlu merasa MALU mahupun TAKUT.. Benar, ada orang bilang, PENANTIAN itu satu penyiksaan, namun sejauhmana ia menyiksakan, HANYA diri kita yang mampu menjawabnya.. karna yang menanti itu DIRI kita sendiri bukan orang lain.. Sekali lagi, tanya pada diri kita dengan JUJUR, apakah PENANTIAN itu atas dasar SUKA, SAYANG atau CINTA..
Dan percayalah..
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri..
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri..
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu..
Dan mana satu pilihanmu...???


Q2:
Sekiranya, kamu merasakan PENANTIAN itu berbaloi, teruskanlah.. Tidak ada istilah SALAH dalam menanti.. Namun, apa kamu KUAT dan cukup TABAH dalam menanti..?? Titik akhirnya bukan BERBALOI.. Tapi, intinya lebih kepada persediaan anda menempuh proses akhir penantian tersebut.. Maksudnya, persiapan anda dalam bercinta.. INGAT, CINTA itu MERUMITKAN.. Dan benarlah cinta itu ibarat teka-teki.. Jawapannya boleh jadi 1, 2 atau 3.. Tapi tidak mungkin sejuta.. Berbalik kepada persoalan, sekiranya di ketahui bahawa penantian itu BERBALOI, siapkan diri untuk menerima dia APA ADANYA..
Dan ingatlah..
Kau HARUS berkongsi dan berbagi-bagi dengan CINTANYA, HATINYA, HIDUPNYA, SEDIHNYA, GEMBIRANYA, MASALAHNYA, DIRINYA, SENYUMNYA, TANGISNYA, HARINYA, WAKTUNYA, DETIKNYA, INDAHNYA, PERIHNYA, ISTIMEWANYA, BAHAGIANYA, KECANTIKANNYA, KEPRIBADIANNYA, KESUKAANNYA, BENCINYA, MARAHNYA, RINDUNYA, SAYANGNYA, KASIHNYA, PERASAANYA & DERITANYA!
Apa kamu YAKIN kamu bisa lakukannya???
Dan kamu HARUS percaya, CINTA itu adalah anugerah.. Anugerah yang diberikan Tuhan untuk dinikmati, disyukuri, dikenang dan juga dihargai pada masa akan datang.. Jadi, seharusnya janganlah dipersiakan andai PENANTIAN itu berbaloi..

AndhyGarcia Putra said...

Q3:
Based on My True Story...
(Penantian yang menghampakan)
~Penantian itu ibarat ujikaji Sains, Mungkin menjadi dan mungkin GAGAL, tapi tak berarti GAGALNYA ujikaji tersebut menunjukkan kita LOSER tapi dengan GAGALNYA ujikaji tersebut mengajar kita untuk tidak melakukan KESILAPAN yang SAMA pada masa akan datang dan TETAP memandang kedepan.. (AndhyGarcia Putra)

Dan renung-renungkanlah..

Cinta… Lagi-lagi cinta… “Cinta itu indah…”, kata mereka… Mungkin juga indah… Mungkin tidak… Cinta itu kejujuran daripada hati… Mungkin juga… Namun minda ini masih tertanya-tanya… Apakah cinta itu agung…?? Melebihi dari segalanya… Dari dahulu lagi, cinta mengatasi segalanya… Keindahan dan keagungan cinta tidak dapat ditandingi… Malah, mereka menciptakan Dewa-dewi Cinta semata-mata untuk mengakui kewujudan dan kekuatan sesebuah cinta… Namun, di antara mereka belum dapat menguji kekuatan cinta itu… Adakah saling menyayangi sudah dikatakan cinta…?? Atau dengan melakukan pengorbanan sudah membuktikan itu adalah cinta…?? Itulah kehebatan cinta… sukar untuk dimengertikan… Malah, untuk mentafsirkannya juga selalu menemui kegagalan… Cinta manusia wujud atas dasar apa…?? Kasih…?? Sayang…?? Rindu…?? Atau…


Bilang sahaja cinta, pasti membawa maksud yang indah-indah dan mengasyikkan… Jauh sekali, mereka akan menganggap cinta itu derita, kesengsaraan atau malapetaka… Tetapi, cinta itu misteri… Penuh dengan tanda tanya dan persoalan… Sekali lagi, cinta itu ibarat satu teka-teki yang perlu diselesaikan… Mungkin teka-teki yang mudah dan mungkin juga sukar… Semuanya tergantung dengan intipati maksud cinta itu sendiri… Cinta telah membuktikan kepada kita sebuah kejayaan… Kerana cinta, segala pancaroba berjaya dilalui dan dihadapi sebaiknya… Mungkin kerana itu, cinta perlukan pengorbanan… Mungkin kerana itu juga, ia mampu menyebabkan cinta itu menjadi suci… Dan di sebalik kesucian itu, perlulah diwujudkan sebuah kesetiaan, tanggungjawab, keazaman, kejujuran dan sebagainya… Maka benarlah kata orang yang bijak pandai, “Jangan pernah menyanjung cinta, bila tak mengerti maksudnya cinta…”


Terlalu banyak kisah-kisah cinta disajikan bagi mengangkat Si Penyanjung Cinta ke aras yang paling tinggi kerana cinta itu adalah anugerah… Anugerah yang diberikan Tuhan untuk dinikmati, disyukuri, dikenang dan juga dihargai pada masa akan datang… Jadi, seharusnya kita tidak boleh mempersiakannya…


Laila Majnun, Romeo dan Juliet, Uda dan Dara adalah antara kisah cinta yang cukup mencerminkan keindahan cinta seorang manusia… Cinta dari seorang lelaki kepada wanitanya digarap dengan cukup baik bagi mewujudkan keadaan cinta yang normal dari sisi seorang manusia… Romeo dan Juliet misalnya, cinta mereka mengatasi ketakutan untuk mati… Kesanggupan untuk berdua bersama hingga ke akhir hayat dipenuhi walaupun mereka berdepan dengan pelbagai konflik dan dugaan percintaan yang tiada akhirnya… Begitulah, “Menyintai belum tentu akan memiliki”, kata Pujangga Cinta…


Terus, apakah perlu air mata disimbolkan bagi memenuhi maksud cinta sebenarnya…?? Mungkin benar, air mata tidak dapat lari daripada cinta… Tanpa air mata, tiadalah cinta… Dan tanpa cinta, tiadalah air mata… Memang tidak dapat dipisahkan… Berapa banyakkah yang perlu ditangisi demi sebuah cinta…?? Namun, tiada jawapan diberikan… Itulah cinta… Sukar untuk dimengertikan…

AndhyGarcia Putra said...

~Continue~

Tapi, menurut manusia, cinta itu lahir dari hati yang suci… Terdapat satu persoalan… Bagaimanakah untuk mengukur cinta dari hati yang suci…?? Dan apakah alat yang paling sesuai digunakan untuk mengukurnya…?? Pasti, tiada jawapan akan ditemui… Hati suci..?? Yakinkah masih ada cinta yang lahir dari hati yang suci…?? Dan sucikah setiap hati setiap insan di dunia ini…?? Tentu sahaja ada yang bilang iya dan pasti ada yang turut menafikannya… Itulah cinta…


Cinta… ada di mana-mana… Cuma kita sebagai manusia harus berusaha untuk itu… Adakah cukup dengan hanya menuggu…?? Atau cukupkah dengan sekadar berharap…?? Pujangga Cinta pernah berkata, “Cinta tidak akan hadir dengan sendirinya tetapi cinta akan hadir jika kita mengakui keberadaan getaran cinta itu dijiwa kita… Mata, akal, hati, mulut dan telinga harus bersatu mengakui kewujudan cinta itu… Maka, cinta pasti berada di depan mata…”


Begitulah… Perlukah dipercaya…?? Cinta itu memang merumitkan… Benarlah cinta itu seperti teka-teki… Jawapannya boleh jadi 1, 2, 3… Tapi tidak mungkin sejuta… Cinta itu kerap kali dipuja, disanjung oleh manusia… Bagi mereka, cinta itulah kehidupan mereka… Tiada yang lain… Mereka bilang, “Aku sanggup hidup menderita namun janganlah cintanya lenyap padaku…” Itulah kehebatan cinta…


Bagi aku… Cinta itu luar biasa… Datang dan pergi sesuka hatinya… tanpa meninggalkan sebarang pesanan… Tapi, menurut aku… Cinta itu akan lahir dari hati seorang manusia yang Alpa… Kosong… Sepi… Dan gersang… Mencari pesona bintang di balik cinta atau mungkin juga…. Mencari ketenangan yang abadi…


Cinta… Cinta… Kadang-kadang membuatkan aku rimas… Kerana cinta yang tidak diundang… Bagiku cinta sebegitu adalah sekadar ujian dan tidak akan mampu bertahan lama… Cinta yang tidak diundang ini… Akhirnya akan menjadi perasaan marah, benci dan sakit hati mereka pada diriku… Aku yang terjerat… Tapi, cinta ini mendidik aku untuk menghargai diriku sepenuhnya… Kerana… Masih terdapat orang yang menyayangiku di sekeliling… Biarlah…. aku bukan berbangga dengan diriku… Tapi, ia mampu meningkatkan keyakinanku untuk mencari sebuah cinta…


Putus cinta… Perkara biasa… aku kadang-kadang sakit hati juga apabila cintaku tidak bersambut… Rasa seperti mahu menghukum empunya diri sesakitnya… Namun, apakan daya… Cinta datang dari hati yang suci… Malupun ada… Tapi, bagaimana lagi… Terpaksa berdepan dengan realiti… Lagipun, hidup ini perlu diteruskan…


Sebut pasal putus cinta, bohonglah kalau aku tidak pernah putus cinta, memutuskan cinta, gagal dalam bercinta… Atau berdepan dengan cinta yang tidak kesampaian… Tapi itulah resam dunia… Aku harus akur dengan hukum alam… Tapi, aku tidak pernah putus asa dengan cinta… Kerana aku yakin… Akan mendapatkan cintaku selayaknya nanti… Aku akan terus menunggu kedatangan cintaku nanti…

~Amien~

tengku_fir21 said...

erm...
penantian 1 penyeksaan
heppy klu berbaloi
klu tk dpt just lupakan dia utk selamanya..kena berusaha utk lupakan dia sb klu masih ingt kita lage akan sakit

aZizoL said...

penah x mase ko tgh2 shoping jalan2 pastu rs nk tekucil sgt..

pegi carik tandas awam tetibe die tulis kat citu "tandas sedang dibaiki,sile gune tandas aras bawah"

skali ko pegi bawah tgk2 ramei gile org bratur...


ituler erti penantian bg aku..


lol

KizZ said...

wah..nice entry..

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute