Followers

Monday, August 10, 2009

SAMBUNGAN KONVOI SATRIANEOCREWS


huhu walaupun muka tak nampak sgt.. tapi aku nak post gak. dlm blog aku.. ekeke.. walaupun hanya sinar harian jerk.. ngeee.. atleast aku masuk dalam paper. wakaka..

800 ahli kelab Satria Neo dari tiga negara

TELUK BATIK- Bagi mempromosikan kereta buatan Malaysia kepada pengguna kereta yang mana kereta nasional setanding dengan produk luar negara.

Sebanyak 70 kereta Satria Neo bersama 140 ahli Kelab Pemilik Kereta Satria Neo Crews berkampung di Teluk Batik selama dua hari satu malam bagi menyertai Perhimpunan Teluk Batik anjuran ahli kelab Bahagian Perak.

Pengasas Kelab Satria Neo Crews Mohd Shafiecq Harun berkata, sejak mulai setahun lalu berjaya mengumpul keahlian seramai 800 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura melalui laman webnya iaitu www.satrianeocrews.com.

“Aktiviti Perhimpunan Teluk Batik adalah suatu platform bagi semua ahli berkenalan secara maya untuk bersua muka bagi mengeratkan silaturahim dan muafakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

“ Perhimpunan ini juga turut dapat bertukar-tukar idea sesama ahli kelab mengenai hak ehwal kereta mahupun perihal aktiviti kelab.” katanya lagi

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan ahli kelab yang juga ada daripada luar negara.

Ia juga salah satu cabang promosi yang dapat menarik minat mereka membeli kereta buatan Malaysia.

Sementara itu, Majlis penutupan Perhimpunan Teluk Batik dihadiri Setiausaha UMNO Bahagian Lumut merangkap Pegawai Khas Adun Pangkor, Azri bin Jaafar.

Azri berkata, acara yang dilakukan ini menjadi salah satu cara bagaimana mempromosikan kereta buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Ini juga adalah salah satu cara bagaimana untuk melaksanakan 1Malaysia yang dilaung-laungkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Ini kerana bukan sahaja warga negara kita dapat berkumpul tetapi bahkan rakan dari luar negara juga dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, ini juga membuktikan produk buatan Malaysia iaitu kereta ini diterima pakai bukan sahaja orang Malaysia bahkan juga .......

bace sendiri kat dlm sinar harian today.. ekekek

3 comments:

tengku_fir21 said...

yeyeye
masuk paper

ejans said...

yeay!! gilak ar.. haha..

AMIREZKA said...

ahahha... ejan ko mcm perli aku jer...
wakakkaa...

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute