Followers

Tuesday, June 23, 2009

SOLEHAH:BISA


Segagah daya usaha pak Ishak, terletak satu titik kejahatan dan keburukan, didalam dirinya. mengerah tenaga untuk mencari rezki di siang hari, di lemparkan duitnya pula ke arah kemaksiatan di malam hari.

Pelik hanya seorang nelayan yang berlayar yang mampu melihat kebesaran ALLAH dengan keluasan pintu rezki allah kurniakan kepadanya, namun masih lalai akan pemberiannya. Laut yang tidak terkira rezekinya, nikmat yang diperolehi dari laut langsung tidak di insafi.
Mabuk, kaki perempuan ape tah lagi berzina, sudah lali dengan sikap Pak ishak. Nak dikata isteri tidak menjalankan tanggungjwab, habis daya usaha Mak Inah berusaha untuk Pak Ishak. Memang sifat manusia tidak pernah puas apa yang dimilikinya.


“Inah!! “ teriak Pak Ishak mengarah membuka pintu.


“mak abah balik, mabuk lagi jahanam tuh” dibahasakan oleh adik kepada Mak Inah.


“erh ko nih dik, apa cakap abah macamtuh?” tegur Mak Inah kepada adik.


Mana tak digelar jahanam kalau siang hari bertopengkan manusia berkerah tenaga kononya mencari rezeki untuk keluarga malah digelar orang kampung sebagai suami mithali, tetapi perangai di malam hari tidak seubah seperti binatang yang lapar daging bangkai yang busuk.


Begitu dendam si anak kecil kepada bapanya……….


“kenapa kau lembap sangat nih!” teriak Pak Ishak.


“nah tidur tadi, abang dah makan?”



Mak inah melayan Pak Ishak seolah-olah dia tidak mabuk, Maki nah sudah lali dengan perangan suaminya yang boleh dikatakan setiap hari melakukan perkara yang hina. Namun sebagai seorang isteri hanya akur dan berdoa.


Malahan kalau berdoa sahaja dan akur dengan kejahilan si suami, ape kebaikan yang diperoleh. Sakit, bisa, malah pendam menebal didalam hati manusia jika dilayan perkara kejahatan, yang lahiriahnya ditentang oleh hati dan perasaan.


Keluar Si adik dengan tenungan tajam dihala kea rah ayahnya.


“apa kau pandang aku macam tuh dah besar sangat?” memekik Pak Ishak menegur adik.


Sungguh berani darah muda ini, walaupun berusia 11 tahun, dia tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Baginya buruk terletak kepada ayahnya, baik terletak kepada ibunya. Memang sifat anak akan menyayangi ibunya lebih daripada bapanya.


Lantas disergah dek Pak Ishak kepada adik, abis baju adik koyak ditarik, dipukul, dimaki hamun. Bapa yang tak sedar diuntung, perangai seperti manusia yang sial. Pandai buat anak bila sudah besar, abis dijadikan bahan habuan untuk melepaskan gian memukulnya! Dek kerana tenungan yang tajam habis


calar balar badan anaknya. Iniliah manusia yang tak berpendidikan tidak pernah menggunakan pendekatan psikologi. Apa yang mereka tahu, dengan kekerasan.


Anak sekecil 11 tahun itu terpaksa menjalani hidup yang begitu seksa, sentiasa dipukul, dimaki hamun oleh bapanya yang tidak berkerimanusiaan, tanpa belaian kasih sayang dari seorang bapa. Mak Inah sahaja yang dapat adik mengadu. Namum, walaupun mereka hidup dengan penuh kesengsaraan, Mak Inah tetap bersabar dan sentiasa mengajar anaknya untuk kembali pada Allah swt.


Memang betul lah.. didalam alquran juga ada mengatakan kekuatan dan kecanggihan senjata umat islam adalah doa.


Masuk sahaja waktu subuh, adik seperti biasa menunaikan ibadah. Tiba-tiba Pak Ishak mencuri dengar ketika adik berdoa. Sayu hati seorang manusia tatkala anaknya yang kecil masih lagi berdoa untuk ayahnya walaupun ayahnya bersifatkan zalim terhadap keluarganya.

“Oh Allah. Tolonglah adik. Ampunkan dosa ayah. Jadikan dia seorang yang baik. Kesiankan lah Ibu, adik,” adik dengan bersongkok ringkas dengan t-shirt dan seluar, duduk di atas sejadah kecil, menangis tersedu-sedu sambil menadahkan tangannya berdoa yang pernah diajar oleh Mak Inah.”


Namun tidak ditunjukkan kepada anaknya. Kesedihan dan terkilannya, kerana Pak Ishak lebih suka mendiam diri.


Benak di pemikiran Pak Ishak, memikirkan umurnya yang makin hari makin dimamah usia. Namun perangan Pak Ishak hanya hangat-hangat tahi ayam, sekarang dia sedar esok lupe die lupa. Biasalah manusia yang tak reti nak mencerminkan dirinya.



Solehah masih lagi buntu untuk, meninggalkan keluarga nya dikampung untuk berkerja di Kuala Lumpur. Lumrah sebagai anak muda yang sayang akan keluarganya masih dilemma untuk mencapai cita-cita.


Bagaimana mahu menolong keluarga kalau tidak berani unutk ambil risiko mengubah nasib sendiri sekaligus dapat mengubah nasib keluarga?...


bersambung.....

4 comments:

uzair zain said...

dalam penghasilan cerpen yg bagus, bukan semata pada tema & persoalan, tapi keselrhan teknik penceritaan. ideanya bagus tapi tekniknya mesti jelas supaya tak hilang asli sastera melayu. sesetengah bahasa psr sekarang tak boleh digunakan dlm penulisan kreatif. cth;

“erh ko nih dik, apa cakap abah macamtuh?”

ko' mesti kene tulis kau. penggunaan 'nih' x boleh. 'macamtuh' mesti ditkr 'macam tu?'

be go0d yeah.. ;)

AMIREZKA said...

heheh tq abg uzair.. baik2..
pasnih ami perbaiki lagi.. hehehe.

p/s still learn..
tq so much.. hehee

tengku_fir21 said...

satu penulisan kreatif namun struktur cerita perlu dibaiki lagi

AMIREZKA said...

hurm.. terima kasih atas teguran tengku.. btw. ape tg tengku maksudkan struktur cerite? struktur tuh general tengku. hehehe..
kadang-kadang bagi melahirkan karya atau cerpen kite tidak perlu terlalu terikat dengan struktur n format yang sedia ada. karya nih sebenarnya gaya imiginasi penulis.. tapi gaya bahasa dan penggunaan harus dikekalkan keaslianya.

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute