Followers

Friday, June 12, 2009

SOLEHAH EPISOD SAKIT


seindah mawar berduri indah lagi sang urna melaburkan hujahnya di sejenak pelusuk bumi berhatikan kemerahan. alhamdulillah tahun ini Solehah telah menamatkan pengajian nya di UniversitiTeknologi Mara, satu-satunya pusat pengajian yang membantu anak melayu untuk meneruskan impian mereka. Terutamanya Soleheh seorang anak nelayan,yang mempunyai impian dan cita-cita sendiri.Bapanya sangat gigih menjalankan tanggungjawab sebagai ayah yang berjuang untuk memberikan semua kehendak dan keperluan anak-anaknya. Pak Ishak yang tinggal di Kampung Nelayan, Klang berhampiran dengan sungai selangor, dimana di situlah menjadi nadi utama kepada warga nelayan disitu.

alhamdulillah walaupun Solehah hidup dalam dunia serba kekurangan dia tidak pernah merungut akan kekurangan yang dimilikinya. Sambil menatap titisan hujan yang menitis di celah atap nipah, langsung dia tidak menghiraukan suasana yang tidak selesa.Lantas segera berwajah manis menggapai baldi hijau untuk menakung titisan air hujan yang menitis akibat atap nipah yang jarang kerana diterbangkan angin.

*************

Seperti biasa rutin harian Solehah akan membantu ibunya menjual kuih di simpang empat dekat rumah Pak Sahab. Alhamdulillah hari ini dia dan ibunya dapat menjual habis kuih yang dibikin. Ibunya sibuk mengira duit, seringit demi seringgit di alihkan ketangan kiri dan kanan. Senyum melihat ibunya gembira, anak mana tak suka bila ibunya bahagia?

"ah..(nama timangan solehah) boleh kita beli daging siket, buat masak kicap, mak dah lama tak makan masakan kau". Minta Mak Inah.

"baik mak. ok juga tuh. hah pun dah lama x masak untuk mak, abah dengan adik. Nanti kita singgah pasar ya mak?" jelas Solehah.

sedang dua beranak sibuk berborak muncul sebuah kereta mewah berpintukan dua.

lagaknya mewah, sedap mata memandang,
Tapi tuan empunya berbahasa seperti binatang.


Itulah ungkapan hati Solehah terhadap pemuda yang menanyakan arah jalan, ke Bukit Sanirawan. Bahasa yang kesat dan kurang sopan tambahan pula tidak memberi salam terus menerpa. Kafir agaknya manusia nih. Solehah sangat benci terhadap perangai manusia yang memandang rendah terhadap keluarganya, apatah lagi tidak menghormati orang tua, lagi-lagi ibu dan bapanya.

disebabkan geram Solehah tidak bertegur langsung dengan pemuda tersebut, apatah lagi melihat raut wajahnya. Dia membiarkan ibunya menjawab pertanyaan anak muda yang tidak sedar diri itu. boleh juga dikatogerikan biadab.

sejurus Sibiadap itu berambus. maknya amat teruja melihat pemuda tersebut. mana tak teruja kalau memiliki kereta mewah dan perwatakan yang baik. semua gadis akan tergila-gilakanya, namun bagi Solehah hatinya tidak mungkin cair begitu sahaja.

"ah..!! hensemnya mamat tuh!! Ko tak teringin ke? Kalau mak muda, dah lama mak bagi nombor telefon haha.” Berdekar anak tekak Mak Inah.


Dia tahu anaknya takkan suka akan pemuda itu tadi walaupun hensem tapi bahasa dan perangai kurang sopan.


“apalah mak nih. Lain kali bagi jerk alamat rumah kita biar dia sesat kat rumah kita anti leh mak tunang kan die ngan hah” berseloroh Solehah dengan maknya.



“eh eh ko ni yang menggatal pulak kenapa nih.. lempang kang. Terjah Mak Inah.


Berdekar Solehah ketawa melihat maknya yang cepat melenting. Tanpa membuang masa dua beranak pergi ke pasar tani dekat simpang empat itu juga. Lalu mereka pulang sejurus membawa sekilo daging batang pinang. Dalam perjalanan pulang kerumah dengan berjalan kaki. Daging yang mereka idamkan itu terlempar dijalan raya, akibat maknya nyaris-nyaris dilanggar dengan kereta. Alhamdulillah mak Inah hanya luka sedikit di lutut. Yang paling digerami oleh Solehah pelanggar itu melarikan diri. Walaubagaimanapun Solehah Berjaya mengecam nombor plat kereta tersebut. Dari belakang, seperti pernah dijumpai kereta itu. Dengan segera Solehah membawa maknya pulang untuk merawat luka-luka dilutut.


Setiba dirumah Solehah terus mengambil kertas dan pensel, lalu menulis nombor plat kereta itu tadi.


“WJP 5575”


“Takde rezeki ah, lain kali lah kita beli daging tuh nanti, masak lah ape yg ade kat rumah nih dulu, abah ko balik kelaut anti boleh makan tengah hari nanti.” Sayu Mak Inah mengarah Solehah.


“baik mak” .tanpa member alasan.


******************




“kak ah!! Ade surat!” karim yang berumur 12 tahun berlari kearah Solehah sambil menjijit surat bersampul coklat.


Terketar-ketar Solehah membuka surat tersebut. Disebabkan tangan Solehah menggigil mahu membuka surat tersebut, Karim merampas surat tersebut. Karim yang sangat suka mengacau kakaknya.


“apalah akak nih, macam kene Parkinson jerk, berjenaka si Karim. Tengok macam nih nak bukak surat, koyakkan jerk.


Lantas dibaca dek Solehah. Berita gembira, bahawa dia diterima bekerja sebagai penyelia akaun di sebuah syarikat swasta. Muka nya amat gembira manis saja senyuman dan sengihanya.


Tiba-tiba air muka Solehah berubah, kerana dia terpaksa meninggalkan keluarganya di kampung. Kerana dia di pelawa bekerja di Kuala Lumpur. Lantas dia membiarkan surat tersebut terus dia ke dapur menyambung kerjanya.


*************************



bunyi cengkerik dekat rumah tidak berubah sejak dia kecil lagi. Cengkerik itulah yang menemani dia bila dia berasa susah hati, dilayurkan kepalanya ke bantal berisikan kekabu.


Esok paginya seperti biasa dia membantu maknya berniaga. Kali ini ada sedikit tidak habis, biasalah tuh adat berniaga. Tiba-tiba ibunya memberitahu ada orang datang melamar die. Dengan perasaan pelik, dia mendengar segala kata-kata ibunya. Bahawa ibunya mahu dia duduk di kampong bersama keluarganya. Supaya dapat menjaga ibunya bila sakit nanti. Dengan perasaan berat hati Solehah bertanya siapa yang melamar dia. Ibunya member reaksi tidak menyenangkan, kononya ibunya akan memberitahu calon suami Solehah pada esok hari.


“esok dia datang, nanti mak kenal kan dengan ko” jelas Mak Inah.



Inilah adat orang melayu kampung hanya pandai-pandai buat keputusan sendiri tanpa memikirkan masa hadapan anak mereka. Penat belajar, penat mengerah tenaga ,mencari duit untuk belajar hasilnya disuruh berkahwin.


Pada mulanya Solehah tidak mahu menerima namun dia tidak mahu menghampakan kedua ibu bapanya. Apatah lagi akan menderhaka apabila Solehah tidak mengikuti suruhanya. Bagi Solehah biarlah dia tidak bahagia asalkan kedua ibu bapanya bahagia.


Seperti hari yang ditunggu-tunggu bakal suami Solehah muncul di depan pintu dengan kumis yang manis. Perwatakan hensem. Benak pemikiran Solehah seperti dia pernah melihat pemuda ini.


‘Oh ya. Pemuda yang bidab tuh.. bagaimana dia boleh datang melamar kepada aku sedangkan aku tak pernah menunjukkan muka ku kepada dia tatkala dia sibuk bercakap dengan ibuku.’ Argh. Aku tak suka! Biar aku menderhaka dengan ibu bapa ku asalkan aku tak bersuami kan dengan manusia bongkak seperti dia!


Tanpa membuang masa Solehah cuba mencari jalan untuk membuat dia membencinya. Lantas dia menuju ke arah kereta pemuda tersebut. Lalu die ingin membakar kereta tersebut. Terlintas di biji anak mata Solehah didapatinya nombor plat kereta itu adalah pelanggar yang melanggar ibunya masa berjalan kaki pulang ke rumah. Sehingga mereka sekeluarga kempunan makan daging masak kicap!


Solehah naik ke atas mengamuk dengan pemuda tersebut, keadaan menjadi tegang tatkala Solehah memegang parang panjang kerana geram akan sifat biadab lelaki itu! Dengan baiknya pemuda itu berdiri lalu menyuruh Solehah bertenang, maka di lafazkan dek oleh pemuda itu.



“Aku sayang kau kerana Allah”


terngiang-ngiang telinga Solehah, rebah dibuatnya. Terlepas genggaman parang panjang dari tangannya. Ya allah kalau betul hamba mu ini sayangkan aku kerana mu. Kau bukakan lah pintu hatiku. Buangkanlah perasaan benci aku kepadanya.



“Ah.. oh Ah!! Dah pukul berapa nih ko tak bangun lagik.. bangun solat subuh! “ terpekik Mak Inah memecah henig pagi.


“Ya allah aku mimpi rupanya. Astaghfirullah.” Benak di hati Solehah.


“Ya allah jauhkan aku dari pemuda itu.” Akhir kata dari Solehah….


bersambung episode BISA......

1 comment:

SaiyidahAisyah said...

cool gila cerpen ko.
thumbs up oke.
penggunaan bahasa yang tinggi :)

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute