Followers

Friday, March 27, 2009

GROOMY DAY BY TALENTIME

so hari nih ami baru jerk pulang ke rumah(skema lah plak) sampai jerk.. dpt call dari uncle ari. die ajak kuar. sebenarnye ami penat nak kuar. tapi dah lama die ajak ami kuar, tanpa membuang masa lagik kitorang pun gilah menjelajah di pavillion! nak tgk wayang mule2 nak tgk shoperholic tuh.. tapi penuh sgt. so amik keputusan tgk cite TALENTIME.

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.









teknik penceritaan die sgt unik. ada unsur patriotik sambil tuh ada unsur jenaka( x lah boring sgt nak tgk.. huhu) cara penyampaian sangat berkesan. ada pengajaran tersendiri. ami memang suka gile kat cite nih.. for me mmg best. but tak taulah plak org lain kan.. sbb lain org lain interestnye.. :)
so ami sarankan kat kamu semua gi tgk.. ngan lover ke, ngan family ke.. or ngan sape2 lahh huhuhu..

No comments:

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute