Followers

Saturday, November 29, 2008

pertikaian ketuanan melayu


jarang sekali aku menulis berkenaan semangat cintakan negara. namun aku tertarik dengan berita dari utusan malaysia bertarikh hari ini. pertikaian konsep ketuanan melayu. sebenarnya apa permasalahan yang timbul adalah disebabkan pandangan politik yang berbeza, dimana mereka mempunyai asbab-asbab tertentu. kononya perjuangan merekalah yang betul.

kita ungkap dan kita singkap permasalahan ini, hari ini pertikaian ini berlaku adakan kerana orang melayu iaitu penduduk majoriti di negara ini berdiam diri lantas si kaum yang lain mengambil peluang untuk mengelirukan masyarakat? pada hari ini orang melayu berdiam diri bukan kerana lemah, tetapi mereka sangat mementiingkan sensitiviti kaum lain. namun sifat ini telah di pijak oleh kaum lain. mengapa orang melayu boleh jaga hati kaum lain tetapi kaum lain tidak boleh jaga hati orang melayu.

lantaran itu sudah masanya kita tidak perlu ambil berat terhadap mereka(kaum lain) sebenarnya negara pada masa ini haruslah menumpukan pembangunan kepada negara, bukan hal-hal remeh sedemikian. itulah puncanya mengapa perkara ini berlaku. dan sebagai rakyat dan pelajar yang sentiasa mengambil tahu berkenaan isi semasa saya kira, rakyat sudah jemu akan perkara politik kosong yang dimainkan oleh parlimen..

mengapa parlimen didedahkan kepada rakyat? ditayangkan die stesyen tv? ini lah puncanya mengapa ia berlaku. kerana tiada kata putus lagi dari parlimen lalu media menggembar gemburkan cerita yang tidak ada lagi keputusan muktamad.

salah siapa? pandai-pandai lah renung dan fikirkan..

No comments:

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute