Followers

Friday, November 14, 2008

HAYAT BERKAHIR NEW SEASON

Di saat memerlukan seseorang pasti akan hilang seseorang, begitulah perasaan fahmi selepas hampir setahun dia melelapkan matanya akibat penyakit yang masih lagi buntu akan penyesalanya. Hati yang menanggung memang pedih, hiba namun dia tetap kuatkan dirinya, menempuh dugaan yang hampir kejalan penyudahnya. Berbekalkan semangat disisi keluarga angkat dan adik beradik angkat dia mengambil usaha untuk terus pulih. Walaupun sebatang kare di dunia, namun baginya itu bukan alasan.


Hampir dua tahun dia terlantar di hospital dan tidak sedarkan diri, baru hari inilah dia dapat melihat matahari yang menyinari pelusuk bumi. Keluarga angkatnya gembira, lalu bapanya membuat sujud syukur atas kejayaan fahmi yang telah menyedarkan diri dari dunia yang masih buntu akan perjalanan hidupnya.



“Ayah wan mana”? soal fahmi.



Ayahnya pelik. fahmi sedar dari koma terus bertanya nama wan. Sedangkan semasa dia terlantar dihospital hanya sekali sahaja wan datang menjenguknya. Mungkin dia kangen akan wan.



Biarlah hati muda. Tapi mengapa fahmi perlu rindukan wan? Sedangkan wan lena dalam hidup jerry. Hampir dua tahun lebih wan menghilangkan diri. Batang hidung pun tidak pernah terlihat.



“fahmi, wan dia busy. Tak dapat datang” dengan alasan ayahnya menjawab
pertanyaanya.



Muke fahmi berubah lantasan mendengar wan busy. Di saat fahmi memerlukan wan dia hilang. Sepi terus menyepi.



Namun fahmi cekalkan hatinya. Demi keluarganya. Sifat fahmi yang sensitif menyebabkan titisan air matanya jatuh apabila ibunya memeluk erat. Ibunya melafazkan kata rindu dan sayang akan fahmi. Di wad 141 terang dengan kegembiraan dan tangisan kegembira oleh keluarga fahmi



Walaupun sudah sedarkan dirinya dia tetap di tahan di wad, kerana fahmi memerlukan rawatan sampingan untuk memastikan keadaan penyakitnya benar-benar sembuh. Fahmi bosan akan kehidupan yang dilaluinya sekarang, mana tidaknya, anak muda yang bertenaga muda terpaksa menghabiskan masa di hospital.



Hampir satu minggu fahmi sudah sedarkan dirinya namun kelibat wan tak dijengahnya. Mungkin wan masih busy. Ya lah wan seorang lelaki yang berkejaya, sentiasa outstation pegi sanalah pegi situlah, pendek kata dia memang tidak ada masa untuk dirinya sendiri.




“Jerry please help me.” Minta wan.

“Its heavy, what kind of stuff you brought from there” balas jerry sambil menghulur
Bantuan.

“secret” kata wan.



Wan baru sahaja tiba di KLIA. Dia yang ditugaskan ke Venice Kerana agensi pelancongan syarikatnya ada membuat lawatan disana bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri, yang mengadakan seminar berkenaan perkembangan industi pelancongan di sana.

Tiba-tiba wan rasa tidak sedap hati. Denak pemikiranya terlintas tentang fahmi.
Macam mana keadaan fahmi sekarang,
Adakah seperti dahulu atau lebih teruk lagi.

Dia tidak pasti keadaan fahmi. Yelah hampir 2 tahun setengah menghilangkan diri. Tidak menjengukkan dirinya ke fahmi. Mana nak tahu keadaan fahmi sekarang bagaimana. Sedangkan fahmi sudah sedarkan diri.

Tanpa membuang masa lagi wan dan jerry pulang ke rumah mereka. Atas alasan badan wan sangat letih akibat flight yang dinaikinya hampir 8 jam.

Fahmi yang hiba di atas katil rasa tidak sedap hati lalu digapaikanya telefon bimbit di sebelah katil. Menekan kekunci telefon yang tertera nama wan. Terus ditekan kekunci dail. Saat menanti telefon berdering untuk diangkat oleh wan, fahmi sangat gementar, berbaur excited, sudah lama dia tidak mendengar suara wan.

“hello”

Suara yang didengarnya berbeza dengan suara wan dahulu. Mungkin silap nombor. Dia melatakkan handphone lalu di dailnya lagi sekali. Suara yang sama. Rupa-rupanya Jerry yang mengangkat telefon. Fahmi cuba bertanya untuk bercakap dengan wan, namun Jerry memberi alasan wan penat baru balik dari overseas. Dalam hati fahmi mungkin pasal itulah wan tidak menjenguk dia sebab dia berada di luar negeri. Sebelum fahmi meletakan telefon fahmi bertanya kepada jerry.

“By the way may i know who you are?”

“Im his boy friend” dengan selambanya jerry membalas pertanyaan tersebut.

Tanpa berfikir panjang fahmi menamatkan perbualan telefonya bersama jerry, seraya termenung. Perangai si iblis yang tak sedarkan diri.

Wan, wan, whats wrong dengan you nih.. berbisik hiba dalam hati fahmi.

Sikap fahmi yang kuat dan tabah dia membiarkan perkara itu. Kerana dia pernah mendengar nasihat dari seorang rakanya. Hubungan terlarang memang tiada sifat kesetiaan. Mungkin ada betul juga apa yang di katakan oleh kawannya itu.

Tiba-tiba dada fahmi sakit, badanya lemah, mukanya pucat. Pada awalnya dia tidak sedar apa yang terjadi kepada dirinya. Selepas ditegur oleh bapanya dia makin lemah dan lemah. Adakah hayatnya akan berakhir. Mungkin belum waktunya lagi.

Fahmi tidak dapat mengawal keadaanya yang makin teruk. Dia hampir nazak. Hidungnya berdarah begitu juga telinganya. Matanya pejam celik. Tanpa membuang masa lagi bapanya memanggil jururawat yang bertugas. Fahmi betul-betul sudah berputus asa dia tidak dapat mengawal penyakitnya lagi. Lalu didalam hatinya dia pasrah apa yang akan berlaku. Suasana hiba, masing-masing menitiskan airmata. Ibunya teresak-esak. Fahmi sempat berborak kosong dengan ibunya.

“Ibu fahmi minta maaf, halalkan makan minum fahmi, terima kasih sebab ambil fahmi, ibu fahmi sayang ibu, ibu relakan fahmi pergi ya ibu”

Teresak-esak ibunya mendengar kata-kata fahmi. Seumpama itu adalah kata-kata keramat dari anaknya. Keadaan fahmi makin teruk, setiba sahaja doktor sampai. Mata fahmi kedap tertutup rapat, mungkin saat ini adalah hayat berakhir baginya.


Keadaan wad 141 kecoh. Pada awalnya kecoh dengan tangisan kegembiraan namun pada hari ini tangisan yang pedih sangat pedih didengari di wad ini. Mungkin betul juga kata fahmi kalau pergi biarlah pergi. Tapi mengapa fahmi yang harus pergi?

Berita kematian fahmi turut diberitahu wan. Wan terduduk mendengar berita tersebut. Seolah-olah mati akal. Lalu titisan air mata penyesalan jatuh. Wan terus menggapai kunci kereta dan bertolak ke rumah arwah. Dilihatnya jenazah yang bersemadi berarahkan kiblat terkujur jasadnya di perbaringan.

wan menyesal dengan seribu penyesalan. Namun buat apa dia menyesal kalau perkara sudah terjadi. Wan menemani jenazah sehinnga majlis pengebumian diselesaikan.

Selesai sudah wan memasuki kamar fahmi, dia duduk di tilam fahmi. Dilihatnya terdapat sebuah kotak kayu yang berukir. Dibukanya dan terdapat gambar-gambar kenangan dia dan arwah. Titisan air mata jatuh. Mengenangkan fahmi. Didalam kotak itu juga terdapat surat yang khas ditulis untuk wan. Suratnya ringkas lebih berbentukan luahan atau sajak.

Fahmi mungkin telah meninggalkan wan. Tapi mungkin fahmi akan menghantui fikiran wan. Betul kata fahmi kalau pergi biarlah pergi. Mungkin dia tak mahu membuang masa apa yang dikejarnya semakin menjauh..

1 comment:

you are now in my zone said...

new season tp leading character dh mati?

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute