Followers

Sunday, July 27, 2008

SEHARI DI BANDAR KESEDERHANAAN

sehari meluangkan masa berjalan di bandar segamat memang mengkagetkan diriku namun hari ku penuh indah dengan perisian yang bermanfaat, bukan membuang masa malah bukan mencuci mata. hari ini di isi dengan pengisian penampilan peribadi ku. berrebahkan diri di dalam bas uitm lalu menuju ke destinasi adalah matlamat ku pada hari ini.

seraya tiba di bandar yang penuh dengan keserdahanaan ku menuju ke kedai gambar menemani karib ku untuk memiliki gambar berukuran spesifik yang dikehendakinya.
lalu destinasi diterjah ke salon atas tujuan memanjakan rambut ku supaya dapat di bersih dari segala kekotoran yang dimamah atas bumi ini, ku lena tika rambut ku dibelai dengan kesungguhan agar segala kekotoran akibat permukaan bumi ini di singkirkan.

sesudah itu destinasi di tuju untuk mengisi kekosongan pusat kehidupan di mary brown, lantas aku cemuk akibat perkhidmatan yang jahil dan resepi yang ortodok. lalu ku santap tanpa memikirkan apa-apa karna perut ku mencemuk kelaparan.

terus destinasi lain dituju membeli barang mandian untuk manjaan rambut ku sunsilk berbekaskan merah jambu menjadi pilihan ku akibat kesan dan kelembutannya menjadi daya tarikan kepada ku. sebelum membeli sunsilk aku melayarkan bahtera ke arah utara pasar raya billion untuk membeli pesanan kawan ku burger segamat santapan terkenal di sini. rasa yang unik serta bahan yang menarik menjadi faktor utama kegilaan ramai.

masa makin membaham mangsanya matahari. agak lewat ku meluangkan masa di bandar ini lalu keputusan pulang di buat karna kerja betimbun menunggu tuanya untuk dilaksanakan.

hari ku terhenti di sini dengan meluangkan masa di bandar kesederhanaan.

1 comment:

Ainol laoshi said...

salam ami,
terima kasih sekali lagi kerna sudi singgah seraya meninggalkan beberapa potong persoalan untuk dileraikan saya.saya berbesar hati menurunkan maksud perkataan-perkataan yang biasa menghiasi jasad sajak-sajak saya seperti rawi membawa maksud mentari;segara bermaksud lautan;keliman beerti jahitan kasar(maka kemliman dosa bermaksud daki-daki dosa);rafik bermaksud sahabat.
seandainya kita rajin mengakrabi kamus dewan maka ternyata tersimpan manis puluhan ribu perkataan-perkataan yang seringkali dilupakan kita.maka rajin-rajinlah membelek dan menekuninya.
syabas kerna berkesempatan menitip jurnal seharian yang membawa pengertian yang teramat kepada ami.tulislah apa saja asalkan kita menulis kerna bangsa kita memang kurang mendokumentasikan sejarah diri untuk dijadikan bekal dan panduan kepada generasi mendatang.teruskanlah menulis...

AMIREZKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute